Pemimpin Korea Utara tiba di Vietnam selepas dua hari menaiki kereta api khas - Dunia | mStar

Pemimpin Korea Utara tiba di Vietnam selepas dua hari menaiki kereta api khas

Jong-un menaiki kereta api menuju ke Vietnam, merentasi China dengan jarak perjalanan sejauh 4000km.

SELEPAS dua hari perjalanan menaiki kereta api, pemimpin Korea Utara Kim Jong-un tiba di Vietnam.

Jong-un menempuhi perjalanan sejauh 4000 kilometer dari Pyongyang, melalui China dan laluan di tutup sepanjang perjalanan itu.

Sekiranya Jong-un menaiki pesawat, ia hanya mengambil masa hanya beberapa jam sahaja.

Biarpun mengambil masa yang panjang untuk tiba, perjalanan dilihat lancar dan selesa dengan kereta api khas berwarna hijau dan kuning itu memiliki gaya mewah, malah turut mempunyai bilik persidangan selain daripada kalis peluru.

Stesen Dong Dang juga ditutup kepada orang awam ketika ketibaannya pada pagi Selasa.

Jonng-un menerusi perjalanan ke Hanoi dengan menaiki kereta.


Jong-un meneruskan perjalan ke Hanoi menaiki kereta sejauh 170km.

Karpet merah dibentangkan khas untuk Jong-Un sejurus tiba dan turut melambaikan tangan ke arah orang ramai.

Adik kepada pemimpin itu Kim Yo-Jong turut kelihatan bersama pakar rundingan, bekas general Kim Yong-Chol.

Ia merupakan lawatan pertama Jong -un ke Vietnam dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump juga dijangka tiba minggu ini bagi menghadiri sidang kemucak di Hanoi. 

Sebagai rekod, sidang kemuncak pertama telah diadakan di Singapura tahun lepas. - bbc.com

Kim Jong-un , kereta api

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain