suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki dermawan sanggup beli biskut hampir RM2,400 kerana tak sanggup lihat pengakap kesejukan

Lelaki dermawan yang tidak dinamakan itu bergambar dengan dua pengakap perempuan yang menjual biskut tersebut. - Kayla Dillard

SEORANG lelaki misteri membantu beberapa pengakap perempuan di South Carolina, Amerika Syarikat pada minggu lalu dengan cara yang sangat dermawan.

Lelaki itu pada asalnya membeli tujuh bungkus biskut dan membayar pada harga $40 (RM163).

Dia kemudian memberitahu mereka untuk tidak memulangkan duit baik, kata pengguna Facebook, Kayla Dillard menerusi akaun media sosialnya.

Lelaki tersebut tiba-tiba patah balik dan berkata: "Bungkus semua biskut kamu, saya mahu beli semua agar kamu boleh keluar daripada kesejukan ini!"

Dillard berkata, lelaki dermawan berkenaan membayar sebanyak $ 540 (RM2,199) untuk membeli kesemua biskut pasukan pengakat tersebut.

"Jiwanya sungguh luar biasa," katanya.

Ia menjadikan nilai keseluruhan biskut yang dibelinya bernilai RM2,362. - WJLA


Gambar hiasan. - AP Photo/Matt Slocum

biskut

Artikel Lain