Imbasan X-ray tunjukkan ada 'hati' di dada budak usia 3 tahun - Dunia | mStar

Imbasan X-ray tunjukkan ada 'hati' di dada budak usia 3 tahun

IMBASAN x-ray menunjukkan terdapat 'hati' di bahagian dada seorang budak perempuan berusia tiga tahun.

Kanak-kanak yang tidak dikenal pasti identitinya dari San Diego, California, itu dibawa ke jabatan kecemasan setempat apabila dia tertelan loket rantai.

Imbasan x-ray menunjukkan objek tersebut dalam tiub yang menghubungkan tekak ke perut.

Apa yang mengejutkan, bentuk hati yang jelas dan sempurna dapat dilihat dalam imbasan tersebut.

Seperti yang dilaporkan dalam New England Journal of Medicine, pesakit dibawa ke bilik pembedahan untuk menjalani endoskopi.

Di sana, kalung itu dikeluarkan sepenuhnya.

Pemeriksaan lanjut menunjukkan kecederaan kecil pada lapisan esofagus, tetapi tidak ada kecederaan serius atau memerlukan rawatan lanjut.

Pesakit pulih dan dibenarkan keluar.

Biasanya, kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun paling mungkin menelan objek asing.

Walaupun sesetengahnya akan keluar secara semulajadi melalui sistem, ada yang memerlukan pengekstrakan segera jika berada dalam badan selama lebih dari 24 jam.

Ini termasuklah objek tajam dan bateri kecil berbentuk butang.

Tahun lepas, Cawangan Penyiasatan Keselamatan Penjagaan Kesihatan (HSIB) mengeluarkan amaran baharu mengenai bateri tersebut yang biasa ditemui dalam mainan dan alat kawalan jauh.

Organisasi itu menggesa ibu bapa mengetahui bahaya bateri itu, menyimpan dan melupuskannya dengan betul. -MailOnline

hati , dada , x-ray