suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tatu 71 nama di badan bukti pemuda hargai pengorbanan anggota tentera

TUJUH puluh satu nama anggota tentera yang terkorban diabadikan dalam bentuk tatu pada badan seorang pemuda dari Sridungargar.

Penghormatan unik itu diberikan kerana lelaki itu menghargai tindakan berani pasukan keselamatan itu mempertahankan negara.

Turut tersenarai adalah seorang tentera yang terkorban ketika serangan pengganas di Pulwama baru-baru ini.

Gopal Saharan berkata, 71 tatu pada belakang badannya itu sebagai tanda penghormatan dan menghargai anggota tentera India yang berkorban nyawa ketika menjalankan tugas untuk negara.

Ahli kumpulan patriotik Briged Belia Bhagat Singh itu berkata, cara unik ini diharap dapat memberi inspirasi kepada umum.-IndiaToday

Pulwana, tatu

Artikel Lain