suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ikat anak pada kereta, heret atas jalan raya, bapa disiasat polis

SEORANG lelaki disiasat polis apabila dia mengikat anaknya dengan tali sebelum mengeheretnya dengan kereta.

Menerusi kejadian di utara China, kanak-kanak 10 tahun itu diletakkan di atas tayar kosong yang diikat dengan tali pada bahagian kereta.

Dia kemudiannya diheret di atas bahagian jalan yang licin akibat diliputi salji.

Kejadian itu dirakam menerusi sebuah dron dan memaparkan lelaki itu memandu dengan corak zig zag sewaktu mengheret anaknya.

Selepas itu, dua beranak tersebut dirakam leka bermain salji di tepi jalan.

Menurut polis, tindakan berbahaya lelaki itu menyalahi peraturan jalan raya dan berisiko menyebabkan kemalangan.

Pelayar Internet turut menghentam tindakan lelaki tersebut.

"Ini bukan mainan. Kenapa buat perkara berisiko?" soal seorang netizen.

"Tak ada akal, apa masalah bapa budak ni," komen seorang lagi individu. - Daily Mail.

Kemalangan, Salji

Artikel Lain