suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat Jerman perkenal beg udara di bahagian luar kereta, mahu dunia sifar kemalangan

KEWUJUDAN beg udara di dalam kenderaan boleh membantu untuk mengurangkan kesan hentakan sewaktu berlakunya kemalangan.

Terbaharu, sebuah syarikat dari Jerman, ZF Friedrichshafen bakal memperkenalkan sistem keselamatan yang lebih menyeluruh dengan sistem beg udara di bahagian luar kenderaan.

Beg udara itu akan mengembung dengan pantas sebelum berlaku hentakan dengan kehadiran sistem pengesan awal.

Ia juga berupaya melindungi penumpang di bahagian belakang dan depan sesebuah kenderaan.

Ujian yang dilakukan menunjukkan ia berupaya mengurangkan tahap kecederaan sehingga 40 peratus.

"Syarikat kami menggunakan teknologi yang boleh mengesan kemalangan sebelum berlaku hentakan.

"Jadi beg udara di bahagian luar akan mengembung terlebih dahulu.

"Misi kami untuk menjadikan dunia ini sifar kemalangan," ujar Dr Michael Büchsner yang juga peneraju syarikat berpangkalan di selatan Jerman itu. - Daily Mail.

Artikel Lain