Ibu berterima kasih kepada penjenayah, guna kemahiran pecah kereta selamatkan bayi terkunci dalam SUV - Dunia | mStar

Ibu berterima kasih kepada penjenayah, guna kemahiran pecah kereta selamatkan bayi terkunci dalam SUV

APA akan terjadi jika tahanan menggunakan kemahiran jenayahnya untuk perbuatan baik?

Inilah yang terjadi kepada sekumpulan banduan di New Port, Richey, Florida, Amerika Syarikat.

NBC News pada Ahad melaporkan, seorang banduan bersama rakan yang lain telah membantu polis untuk menyelamatkan bayi berusia satu tahun yang secara tidak sengaja terkunci di dalam kereta.

Ibu bayi tersebut, Shadow Lantry, sempat merakam seluruh situasi cemas ketika usaha menyelamatkan anaknya yang mana video itu kemudian menjadi tular.

Insiden bermula apabila bapa bayi itu meletakkannya di tempat duduk belakang kenderaan SUV tersebut, lalu melempar kunci ke tempah duduk depan.

Dia kemudian terus menutup pintu belakang dan menyedari kereta tersebut telah terkunci.

Anggota polis menerima laporan tentang seorang bayi yang terkunci.

Para banduan yang kebetulan sedang melakukan kerja-kerja pembaikan di kawasan berdekatan bergegas membantu, menurut KABC.

Lantry dalam video Facebooknya berkata keseluruhan operasi mengambil masa selama lima minit dan bayi itu tidak cedera.

"Terima kasih Tuhan adanya penjenayah di dunia, saya menghormati semua mereka," kata Lantry dalam video itu.

Ketua Polis Pasco Chris Nocco memberitahu WFTS ia adalah satu keadaan yang unik apabila seorang banduan menggunakan kemahirannya untuk memecah kereta untuk alasan yang tepat.

"Hanya peratusan sangat kecil dari penjenayah di luar sana yang ingin menyerang kita dan mahu menyerang kita, tetapi ramai daripada mereka, seperti orang-orang ini, mereka tahu mereka telah melakukan kesalahan, pilihan yang buruk, tetapi mereka masih mahu melakukan perkara baik dalam kehidupan," kata Nocco. -FOX8

banduan , bayi , terkunci

Artikel Berkaitan