suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pereka fesyen Karl Lagerfeld meninggal dunia

Karl Lagerfeld. Foto AFP

PEREKA fesyen tersohor dunia, Karl Lagerfeld meninggal dunia pada usia 85 tahun, di Paris.

Pereka fesyen kelahiran Jerman itu merupakan pengarah kreatif untuk jenama mewah Chanel dan Fendi.

Lagerfeld turut mereka koleksi untuk jenamanya sendiri dan berkolaborasi dengan jenama high street, H&M.

Beliau dilaporkan tidak sihat sejak beberapa minggu lalu, dan tidak menghadiri beberapa pertunjukan fesyen.

Beberapa figura industri fesyen memberi penghormatan kepada Lagerfeld, termasuk pereka terkenal dari Itali, Donatella Versace.

Lagerfeld dilahirkan pada 1933 dengan nama sebenar Karl Otto Lagerfeldt.

Beliau kemudian mengubah namanya daripada Lagerfeldt kepada Lagerfeld untuk kedengaran lebih komersial.

Bintang fesyen itu berhijrah ke Paris seawal usia remajanya, dan menjadi pembantu pereka untuk Pierre Balmain, sebelum bekerja di Fendi dan Chloe pada 1960an. - BBC


Artikel Lain