suria

Ahli bina badan 'kembar' watak anime Dragon Ball Z, tak macam 55 tahun!

Foto Master Roshi/real_life_master-roshi

SEORANG ahli bina badan kelahiran Vietnam berusia 55 tahun digelar sebagai 'Master Roshi' kerana dirinya yang iras seperti karakter dalam anime popular Dragon Ball Z.

Nhon Ly dari California, Amerika Syarikat (AS) tidak seperti tipikal lelaki yang berumur 55 tahun.

Malah, dia kelihatan lebih baik daripada kebanyakan lelaki dalam lingkungan 20an kerana badannya yang sasa, tegap dan berjiwa muda.

Bagaimanapun, apa yang lebih menarik menegnai Nhon adalah miripnya seperti karakter dalam Dragon Ball Z, Master Roshi atau dikenali sebagai Turtle Hermit.

Menurut Madness Media, Nhon berhijrah ke AS pada 1980, pada usianya 16 tahun.

Foto Instagram master_roshi_real_life

Dia mendapat pekerjaan di kedai merias kuku, dan kemudian mempunyai premis sendiri. Namun, bina badan sentiasa menjadi minatnya. 

Nhon pernah menyertai beberapa pertandingan bina badan, malah pernah menduduki tempat keempat pada Kejohanan AS 2011, ketujuh bagi edisi 2012, dan kelima peringkat Kebangsaan 2015.

Nhon terus berlatih di gim bagi mengekalkan imejnya seperti Master Roshi.

Dia turut berkongsi gambar dan video bersama pengikutnya di Instagram, dengan kebanyakan mereka adalah peminat Dragon Ball Z. - odditycentral

Master Roshi, Dragon Ball Z, Nhon Ly

Artikel Lain