suria

Mayat dalam peti sejuk milik kakak bongkar misteri pelajar hilang 19 tahun lalu

LIMA tahun selepas misteri kehilangan seorang pelajar Croatia masih tidak terlerai barulah keluarganya tampil membuat laporan polis pada 2005.

Kini selepas hampir 19 tahun, misteri kejadian itu terungkai apabila mayatnya dijumpai di dalam peti sejuk.

Berikutan itu juga, seorang wanita berusia 45 tahun ditahan di perkampungan kecil Mala Subotica bagi membantu siasatan polis.

Lebih mengejutkan apabila wanita yang ditahan polis itu adalah kakak kepada mangsa, Jasmina Dominic dan peti sejuk tersebut disahkan milik wanita itu.

Menurut polis, mayat yang dijumpai dalam peti sejuk tersebut merupakan wanita hilang itu yang lahir pada 1977.

"Kami menganggap mayat dalam peti sejuk itu adalah wanita yang lahir pada 1977 di mana kehilangannya dilaporkan pada 16 Ogos 2005," katanya.

Dominic yang belajar di Zagreb dipercayai berusia 23 tahun ketika itu, gagal dikesan sejak 2000, bagaimanapun tidak dilaporkan ahli keluarganya.-NDTV


Croatia, Zagreb

Artikel Lain