suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah trak dipandu laju, mayat bergelimpangan di majlis kahwin

KEMERIAHAN majlis perkahwinan yang sedang berlangsung bertukar tragedi apabila tetamu yang hadir maut dirempuh trak.

Pemandu trak yang memandu laju telah mengakibatkan 13 maut termasuk empat kanak-kanak, manakala 18 lagi cedera.

Kejadian berlaku ketika majlis bagi meraikan pasangan pengantin berlangsung di Kampung Ambawali daerah Rajasthan Pratapgarh.

Dalam kejadian pada Isnin malam berdekatan kuil Ramdev di lebuh raya 113 itu, trak yang dalam perjalanan dari Nimbahera ke Banswara telah merempuh ke kawasan majlis yang diadakan di tepi jalan.

Ketua Polis Choti Sadri, Deputi Superitendan Vijaypal Singh Sandhu berkata, pemandu trak itu mengakui tidak nampak adanya keraian di kawasan berkenaan.

Menerusi tweet, Ketua Menteri Ashok Gehlot yang turut bersedih mengucapkan takziah kepada keluarga terlibat.

Semua yang cedera dibawa ke hospital daerah berkenaan, manakala 15 yang cedera parah dirujuk ke hospital di Udaipur.

Sembilan yang maut dikenal pasti sebagai Daulatram (60), Bharat (30), Shubham (5), Chotu (5), Dilip (11), Arjun (15), Ishu (19), Ramesh (30) and Karan (28).

Setakat ini, mayat masih berada di rumah mayat untuk proses bedah siasat, manakala siasatan masih dijalankan.-IndiaToday



tak, kahwin, Ramdev, Rajasthan

Artikel Lain