suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat Rusia tawar pakej melancong ke angkasa dengan harga bermula RM800,000

BAGI mereka yang mahu melancong ke angkasa lepas, impian adan mungkin akan tercapai tidak lama lagi.

Syarikat NPO Aviation and Space Technologies dari Russia menawarkan pengembaraan ke angkasa dengan kos sekitar antara RM818,500 hingga RM122 juta.

Menerusi projek itu, kapal pertama yang dinamakan Selena Space Yacht masih lagi sedang dibina.

Ujar pihak tersebut, pesawat berkenaan berupaya membawa enam penumpang pada satu-satu masa.

Pengembaraan itu akan membawa mereka mengelilingi orbit dengan kelajuan pesawat sekitar 2,685 batu sejam.

Satu lagi syarikat, Virgin Atlantic pada minggu lalu turut membuat kenyataan mengenai servis yang sama.

Pihak Virgin Atlantic yang lebih awal menawarkan pengembaraan itu mengesahkan mereka kini dalam peringkat untuk menguji pesawat mereka.

Selain menguji pesawat pada altitud tinggi, mereka juga sedang membuat ujian agihan berat sebagai salah satu persiapan untuk servis mereka, tidak lama lagi. - Daily Star.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain