Jokowi akui gemar ke pantai di tengah malam - Dunia | mStar

Jokowi akui gemar ke pantai di tengah malam

Jokowi ketika mengunjungi Pantai Carita di Banten yang dilanda tsunami tahun lalu.

JOKO Widodo dalam diam rupanya kerap berkunjung ke pantai dan lebih menarik dia ke sana di tengah malam.

Tanpa kawalan pasukan keselamatan, presiden Indonesia itu hanya ditemani pemandunya sahaja.

Terkini, calon presiden itu baru mengunjungi pantai Tambak Lorok, Semarang.

Perkara itu didedahkan Jokowi ketika sesi debat kedua Calon Presiden (Capres) yang berlangsung pada Ahad lalu di Hotel Sultan, Jakarta.

Bagaimanapun, kehadiran Jokowi di pinggiran laut pada waktu malam itu rupa-rupanya untuk bertemu kumpulan nelayan di situ diketahui ketua kampung setempat.

Malahan, katanya, hampir setiap bulan, ada ketikanya setiap minggu dia memastikan dapat berpeluang bertemu nelayan.

"Saya hampir setiap minggu, setiap bulan bertemu nelayan dengan berkunjung ke perkampung nelayan. Anda boleh tanya nelayan di Tambaklorok, Semarang," kata Jokowi ketika menjawab pertanyaan calon Capres ke-dua, Prabowo Subianto.

Jelas Jokowi lagi, kedatangannya tengah malam itu bagi mengetahui lebih lanjut keadaan kehidupan nelayan negara itu.

Katanya, walaupun menerima laporan mengenai golongan itu, tetapi dia mahu mendapatkan maklumat tepat dari mulut mereka sendiri.-TribunJakarta.com

Jokowi , Calpres , Semarang

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain