suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki dipercayai peminat Trump pecahkan cermin kedai untuk serang patung Obama

SEORANG lelaki dari New York dibawa ke muka pengadilan kerana memecahkan cermin sebuah kedai untuk menyerang patung iras Barrack Obama.

Rewell Altunaga, 41, ditahan pada 26 Januari lalu selepas identitinya didedahkan menerusi rakaman kamera keselamatan kedai tersebut.

"Pada mulanya kami sangka patung terbalik dan menghempap cermin. Kami berlari dan nampak dia," ujar pengurus kedai, Corine Lew.

Menerusi kejadian itu, patung Obama dirosakkan manakala patung Donald Trump langsung tidak diusik.

"Salah seorang petugas keselamatan kami berjaya menangkap dia sebelum diserahkan kepada pihak polis," ujar Lew lagi.

Jelasnya lagi, suspek mendakwa patung Obama bercakap kepadanya sehingga membuat dia marah.

Menyifatkan Altunaga sebagai pesakit mental, Lew berpendapat suspek merupakan penyokong Trump.

Kejadian itu menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian berjumlah AS$4,000 (RM1,000). - Huffington Post.

 

Donald Trump, Barrack Obama

Artikel Lain