suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hotel di Makkah hangus dijilat api

SEBUAH hotel di Makkah dilaporkan terbakar pada awal pagi Isnin, lapor Gulf Daily Online.

Menerusi video berdurasi 31 saat yang dimuat naik ke portal tersebut, hotel yang juga sebahagian daripada projek Jabel Omar itu hangus dijilat api.

Namun, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran bagi mengelak ia merebak ke kawasan lain.

Jurucakap pasukan bomba, Mejar Nayef Al Sharif berkata, kebakaran dikatakan berpunca daripada selonggok sampah sebelum ia merebak ke hotel.

Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci dilaporkan mengenai insiden itu. - Gulf Daily Online.

Makkah, Kebakaran

Artikel Lain