suria

Kapal Titanic baharu dibina dengan kos RM577 juta, tak akan berlayar apabila siap kelak

KAPAL Titanic yang karam pada tahun 1912 sedang giat dibina semula di China dengan kos £125 juta (RM577 juta).

Karam setelah melanggar bongkah ais di Atlantik, ia menyebabkan 1,500 nyawa tergadai.

Kini, replika yang dibina oleh Seven Star Energy Investment dan Wuchang Shipbuilding itu sudahpun hampir siap.

Malah, foto pembinaan kapal itu dari pandangan udara turut menarik perhatian ramai.

Ia dikatakan mengambil 100 peratus rekaan asal Titanic bagi menghasilkan replika terbaik.

Kapal itu sedang giat dibina di wilayah Sichuan dan tidak akan digunakan untuk berlayar apabila siap kelak.

Sebaliknya, ia akan diletakkan di Romandisea Resort, di Sungai Qi.

Ia juga bakal menempatkan bilik hotel dalam kapal tersebut.

Dimulakan pada 2016, ia berukuran 882 kaki panjang dan berketinggian 175 kaki.

Antara tarikan lain termasuklah muzium interaktif dan binaan tangga ikonik dalam kapal berkenaan, Grand Staircase. - Daily Star.

Titanic, Antantik

Artikel Lain