suria

FBI didakwa berkomplot dapatkan DNA orang ramai tanpa kebenaran

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani Akta Rapid DNA yang membolehkan polis mengambil sampel DNA sesiapa sahaja yang ditahan, biarpun tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah.

Undang-undang yang ditandatangi pada 2017 itu mula berkuat kuasa pada tahun ini, memerlukan beberapa negeri menyambung mesin Rapid DNA kepada Codis iaitu pangkalan data yang dikawal oleh Biro siasatan persekutuan (FBI).

Mesin mudah alih itu bersaiz seperti mesin pencetak komputer dan akan menjadi rutin biasa, sebagaimana proses mengambil cap jari manusia.

Namun, John W. Whitehad dari Institut Rutherford secara sinis mendakwa ia akan menjadikan semua manusia sebagai 'suspek'.

"Biarpun tidak disabitkan kesalahan, polis berkuasa untuk mengambil DNA mereka.

"Ia boleh memberi banyak kesan buruk. Anda mungkin didakwa atas kesalahan yang tidak dilakukan.

"Ia juga membolehkan DNA disimpan dalam pangkalan data jenayah," katanya.

Tambahnya, kerajaan sepatutunya perlu patuh kepada batasan dalam mendapatkan akses terhadap DNA seseorang.

Namun, penguatkuasaan undang-undang itu sekaligus menceroboh hak individu kerana sampel DNA mereka boleh diambil dengan mudah.

Dakwa John lagi, hospital juga menyimpan DNA bayi yang baru dilahirkan tanpa keberanan daripada ibu-bapa.

"Semua orang perlu bangkit dan sedar sebelum terlambat. Kerajaan tidak suci, begitu juga dengan FBI," katanya lagi. - Daily Star.

Donald Trump, FBI, DNA

Artikel Lain