suria

Tak sedar dirinya hamil, gadis koma empat hari sebelum lahirkan bayi perempuan

BERMULA dengan sakit kepala, seorang gadis tiba-tiba koma sebelum melahirkan bayi, empat hari kemudian.

Ebony Stevenson, 18, dari Oldham, Greater Manchester langsung tidak tahu bahawa dia hamil.

Menerusi kejadian pada 2 Disember 2018, dia mengalami sakit kepala sebelum tidur di kediamannya.

Dia tiba-tiba koma sebelum dihantar ke hospital dan melahirkan bayi perempuan pada 6 Disember.

Pelajar bidang Fisioterapi Sukan itu langsung tidak mempunyai 'baby bump' mahupun tanda-tanda kehamilan.

Malah, dia juga datang haid secara normal setiap bulan sehinggalah berlakunya peristiwa tersebut.

Menurut penjelasan, dia mengalami uterus didelphys yang mana bayinya tersembunyi dalam salah satu rahimnya.

Masalah itu hanya dialami satu daripada 3,000 wanita yang mana mereka dilahirkan dengan dua rahim.

Dilahirkan di Hospital Diraja Oldham, Ebony bagaimapun menerima kelahiran itu dan menamakannya Elodie.

"Saya tak terfikir nak ada anak, paling kurang pun 10 tahun lagi.

"Sedar dari koma, diberitahu saya hamil dan melahirkan bayi perempuan. Saya terharu.

"Ianya bagai satu keajaiban. Saya akan buat apa sahaja untuk anak ini," kata gadis itu.- Daily Mail.

Ebony Stevenson, Koma, Bayi

Artikel Lain