suria

Ketat, terdedah uniform terkini pekerja wanita, kata pengurus "kalau enggan patuh sila cari kerja lain"

ARAHAN terkini pemakaian uniform untuk pekerja wanita di sebuah kelab malam dimaklumkan pengurusnya menerusi laman Facebook dan ia mengejutkan kakitangannya.

Sebelum ini, pekerja wanita memakai kemeja-t dengan logo syarikat  yang beroperasi di Perth, Australia ini sama seperti kakitangan lelaki.

Tetapi baru-baru ini, pengurusan kelab malam itu mengubah peraturan dengan memaksa pekerja wanita memakai uniform lebih ketat dengan potongan leher yang lebih terdedah.

Malahan, pengurusnya, David Heaton memaklumkan pekerja yang enggan mematuhi arahan itu boleh mencari kerja lain.

Perubahan hanya melibatkan 'pekerja bar yang hebat' dan uniform sedia ada perlu dikembalikan.

Bercakap kepada ABC, Heaton mendakwa dasar yang ditetapkan itu telah diperkenalkan pada 2017 dan ia baru dikuatkuasakan.

"Kami mahu memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan kami," katanya sambil menjelaskan jika pekerja wanita memakai kemeja-t dengan potongan leher tinggi adalah membahayakan.

"Kemeja yang longgar boleh menyebabkan ia tersangkut pada sesuatu dan mencederakan pekerja di tempat kerja," kata Heaton.

Pengurus itu juga mendakwa telah melantik perunding untuk meneliti bentuk uniform yang sesuai untuk mereka, bagaimanapun ia dinafikan pekerjanya.

Apabila postingnya mendapat perhatian ramai di media sosial, Heaton sekali lagi memuat naik status menyatakan pekerja wanita boleh terus memakai kemeja-t lelaki dengan syarat ia tidak panjang dan terlalu longgar.

"Pekerja lelaki juga boleh memakai kemeja-t wanita tetapi pastikan tidak terlalu menampakkan lurah pada payudara," katanya.-Heraldsun.com



Artikel Lain