suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek curi seluar dalam maut kemalangan ketika cuba larikan diri

Gambar hiasan. Foto AP

SEORANG suspek pencuri seluar dalam maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebatang pokok di tepi jalan Chon Buri di Thailand semasa cuba melarikan diri selepas mencuri.

Balai polis Laem Chabang menerima panggilan pada pukul 9 malam mengenai seorang penunggang motosikal maut di daerah Si Racha.

Polis belum mengenal pasti identiti suspek berusia 20an.

Akibat kemalangan itu, suspek mengalami patah tengkuk dan meninggal dunia serta-merta.

Dua seluar dalam merah jambu ditemui di dalam poket seluarnya.

Penduduk tempatan tidak mengenali suspek tetapi mengetahui pemuda itu pernah ditangkap kerana mencuri seluar dalam. - The Nation/Asia News Network

seluar dalam

Artikel Lain