Pengantin 'selfish' bengang pengiringnya berani hamil pada majlis perkahwinan - Dunia | mStar

Pengantin 'selfish' bengang pengiringnya berani hamil pada majlis perkahwinan

-foto Chalermphon Kumchai/EyeEm

SEORANG bakal pengantin perempuan meluahkan bahawa dia sedang bengang dengan pengiringnya yang 'berani' hamil menjelang majlis perkahwinannya.

Dalam posting di Reddit yang telah dipadam, pengantin berkenaan juga bertanya adakah dia patut marah kerana kehamilan pengiringnya itu mungkin akan menjejaskan parti 'bachelorette'nya yang telah dirancang.

"Cerita panjang dipendekkan, saya baru dapat tahu bahawa usia kandungan salah seorang pengiring saya adalah 5 hingga 6 bulan pada hari perkahwinan saya," kata pengantin perempuan itu.

"Gadis pengiring ini juga merancang kejutan untuk parti bachelorette yang saya tak tahu butirannya, tetapi saya anggap ada acara minum (alkohol) yang mungkin akan ditukar atau dibatalkan.

"Mungkin saya hanya fikirkan keadaan paling teruk dalam hal ini. Tetapi secara peribadi saya fikir hamil ketika anda adalah sebahagian daripada majlis perkahwinan dan tidak memberitahu pengantin perempuan adalah tak wajar," katanya.

Respons yang diterima adalah; pengantin perempuan itu bersikap pentingkan diri sendiri!

"Tak salah untuk hamil jika anda akan jadi pengiring pengantin," tulis salah seorang pengguna Reddit.

"Anda tak boleh minta seseorang menangguhkan kehidupan mereka untuk perkahwinan anda. Anda pentingkan diri sendiri. Bagi parti bachelorette anda... itu cuma bermakna hanya dia tak dapat minum. Saya pasti anda masih boleh menikmati majlis yang anda mahukan."

Seorang lagi menjawab: "Sangat pentingkan diri sendiri. Saya akan jadi pengiring musim panas ini dan seorang lagi rakan pengiring saya sedang hamil dan akan bersalin beberapa minggu selepas majlis kahwin.

"Pengantin perempuan tak kisah dan tumpang gembira. Malah dia pastikan ada kerusi tersedia untuknya supaya dia dapat duduk di majlis tersebut jika dia memerlukan rehat.

"Kawan anda berada di sisi anda dan menyokong anda. Anda juga perlu beri sokongan kepadanya," tulisnya. -MetroUK

pengiring , pengantin perempuan , hamil

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain