Bapa curah asid atas isteri hingga maut, anak usia dua bulan jadi buta seumur hidup - Dunia | mStar

Bapa curah asid atas isteri hingga maut, anak usia dua bulan jadi buta seumur hidup

Anmol menjadi mangsa serangan asid oleh bapanya sendiri. - Caters News Agency

BAYI berusia dua bulan ditinggalkan menunggu ajal dan ibunya pula mati akibat bapanya yang mencurahkan asid ke atas mereka.

Bapa bayi itu bertindak kejam kerana berang dikurniakan anak perempuan dan bukannya lelaki.

Anmol Rodrigous melingkar di atas paha ibunya ketika sedang disusukan dan tiba-tiba bapanya, Ashraff datang menyerang mereka.

Anmol menjadi cacat dan mata kirinya pula buta.

Dia dijaga oleh para doktor dan jururawat selama lima tahun selepas serangan itu berlaku.

Apabila kecederaannya semakin sembuh, dia dihantar ke rumah anak yatim dan dibesarkan bersama kanak-kanak lain serta mendapat pendidikan sewajarnya.

Kira-kira 23 tahun kemudian, Anmol bukan sahaja berjaya mengatasi penderaan emosi dan fizikal, dia juga berjaya menjadi inspirasi kepada ramai wanita.

Anmol kekal positif dengan kehidupannya. - Caters News Agency

Anmol yang bermaksud tidak ternilai dalam bahasa Hindi mendakwa dia ialah gadis paling gembira di dunia.

Walaupun dia seorang anak yatim, Anmol hidup dengan penuh rasa bangga di Mumbai dan berjaya mengutip dana untuk melakukan pembedahan rekonstruksi serta yakin berdepan dengan orang ramai.

Anmol menjadi seorang 'fashionista', penari salsa terlatih dan pemikir kreatif untuk saluran orang muda atas talian.

Dia juga merupakan inspirasi hebat bagi mereka yang terselamat dalam serangan asid dan menguruskan Yayasan Pejuang Asid Sahas.

Anmol turut berjaya membantu 20 wanita mendapatkan pekerjaan.

Kata Anmol: "Saya cintakan hidup saya seadanya. Tidak pernah sekali saya rasa saya berbeza.

"Saya menerima diri saya dengan gembira dan ia memberikan saya harapan dan keyakinan untuk meneruskan kehidupan." - Mirror UK

mangsa serangan asid , Anmol

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain