suria

Ibu kecewa anak dibuli di sekolah, hampir mati cuba bunuh diri

SEORANG ibu berkongsi peasaan sedih dan kecewa selepas anak perempuannya berusia 10 tahun cuba membunuh diri gara-gara dibuli di sekolah.

Jess Brown, 27, berkongsi gambar anaknya yang dimasukkan ke hospital selepas hilang selera makan dan kelihatan lemah.

Jelas Brown, anaknya kini sedang berjuang untuk hidup selepas beberapa bulan dibuli pelajar perempuan lain di sebuah sekolah di Droitwich.

"Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan Lily Isnin lalu apabila dia tidak mahu makan dan enggan ke sekolah.

"Saya berbual dengannya dan dia mengakui mengambil sejenis pil. Saya terus membawanya ke hospital.

"Saya fikir anak saya akan mati. Saya sangat kecewa kerana dia dibuli dan tidak ada apa-apa tindakan yang diambil.

"Tiada siapa yang ingin membantu menyelesaikan masalah ini. Kami tidak akan menghantarnya kembali ke sekolah kerana tidak berbaloi menanggung risiko.

"Doktor memberitahu jika kami tidak sedar keadaannya dalam tempoh dua minggu lagi, dia mungkin akan mati.

"Anak saya akan berjuang untuk hidup kerana jadi mangsa buli.

"Anda tidak akan menjangka akan menyambut kelahiran anak yang ke-10 di hospital. Ia sangat menyedihkan," ujarnya.

Brown memberitahu, dia telah bertemu dengan ibu bapa pelajar yang membuli anaknya, namun mereka hanya ketawa.

Saya diberitahu: "Rambutnya ditarik, dia ditolak dan dihentam, serta memukul kepala Lili-Jo dengan pintu loker dan memijak kakinya.

"Kini dia takut untuk ke sekolah," jelasnya.

Anaknya itu juga memberitahum dia digelar gemuk dan takut untuk makan sebarang makanan.-Dailymail

buli, sekolah

Artikel Lain