suria

Kejam! Budak 3 tahun mati dirogol, kepala dihentak batu-bata

Gambar hiasan.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dirogol dan dipukul sehingga mati menggunakan sebiji batu-bata, menurut beberapa laporan.

Sebelum kejadian, mangsa sedang bermain bersama rakan-rakannya di Gurugam, pinggir New Delhi di India.

Dia kemudian didatangi seorang lelaki dan memperdayakannya dengan menawarkan untuk membelinya coklat.

Keluarga mangsa meminta pertolongan pada Ahad selepas rakan-rakan memberitahu anak mereka dibawa oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemui saudara-mara keesokan hari, di sebuah kedai usang yang hanya kurang 300 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Hindustan Times melaporkan mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah, dan mengalami kesan lebam di bahu, pinggang, dada dan bahagian belakang.

Dia dirogol menggunakan sebatang kayu dan mengalami kecederaan dalaman.

Terdapat keretakan pada tengkoraknya selepas kepalanya dihendak dengan sebiji batu-bata.

Pasukan perubatan yang menjalani bedah siasat memberitahu bahawa mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan di kepala dan pendarahan dalaman yang banyak. - Mirror Online

rogol

Artikel Lain