suria

Cemas! Gondola buaian pusing tiba-tiba terbalik

BEBERAPA keluarga berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam permainan buaian pusing, selepas tiga gondolanya secara tiba-tiba berputar dan terbalik.

Kejadian berlaku di Pasar Malam Sekaten di Yogyakarta, Indonesia, Isnin malam.

Ketika itu, buaian pusing bergerak seperti biasa sebelum salah satu gondolanya mengalami masalah dan terbalik.

Pengendali permainan itu kemudian panik dan bertindak memanjat buaian pusing yang sedang bergerak bagi mendapatkan keluarga yang terlibat, sebelum permainan tersebut akhirnya dihentikan.

Rakaman menunjukkan seorang wanita yang memegang belon merah dan ibunya, duduk di atas bahagian siling di dalam gondola yang terbalik.

Kakitangan kemudian menyelamatkan mereka dengan membawanya turun ke bawah.

Polis Kanan Yogyakarta, Komander Yulianto berkata, beliau tiba di tempat kejadian dan tiada yang cedera dalam insiden membabitkan buaian pusing bermasalah.

Beliau berkata: "Terdapat masalah besar pada buaian pusing itu, tetapi tiada kemalangan jiwa, tiada yang cedera."

Salah seorang pengunjung memberitahu bahawa dia mendengar jeritan, sebelum menyaksikan buaian pusing dalam keadan terbalik. - Mirror Online

buaian pusing

Artikel Lain