Bayi hidap penyakit luar biasa, ibu sedar ramai kata kepala anaknya bentuk tanduk syaitan - Dunia | mStar

Bayi hidap penyakit luar biasa, ibu sedar ramai kata kepala anaknya bentuk tanduk syaitan

-foto ViralPress

SEORANG budak lelaki yang dilahirkan dengan masalah pada otak berdepan satu lagi masalah selepas melakukan pembedahan.

Ini kerana, selepas pembedahan dilakukan bentuk kepalanya kelihatan seperti 'tanduk syaitan'.

Clyne Solano, 22 bulan, dilahirkan dengan keadaan 'hydranencephaly', iaitu satu keadaan yang mana terdapat satu otak kecil dan cecair di dalam kepalanya.

Solanao, dari Filipina, telah menjalani pembedahan pertamanya pada Mac lalu untuk melegakan tekanan pada otaknya.

Tetapi tengkorak kepalanya tidak sempurna, menyebabkan bentuk kepalanya berlekuk dan dikatakan menyerupai tanduk syaitan.

Solano kini memerlukan pembedahan rekonstruktif untuk memulihkan bentuk tengkoraknya, tetapi ibunya bimbang dengan keadaannya yang terlalu lemah untuk menjalani pembedahan lain.

"Saya tak mahu meneruskannya buat masa ini kerana saya takut bayi saya belum cukup kuat," kata ibunya, Justine Gatarin, yang merupakan seorang ibu tunggal.

"Sebab itulah saya susah nak buat keputusan. Jika tidak melakukannya, kepalanya akan kelihatan seperti itu sepanjang hayat.

"Ada yang kata kepalanya macam tanduk syaitan, tapi tidak bagi kami. Hati saya hancur luluh melihat dia menderita."

Solano sedang dirawat di Pusat Perubatan Kanak-Kanak di Pasig, Filipina, sebuah bandar di Manila, yang menempatkan 12.9 juta penduduk.

Dia diberi makan melalui tiub dan satu lagi tiub dimasukkan ke dalam saluran pernafasannya.

Hydranencephaly adalah satu keadaan yang sangat jarang berlaku, bermula sebelum kelahiran dan menghalang otak bayi berkembang sepenuhnya, dalam masa yang sama juga membuatkan kepala mereka membesar.

Solano perlu dibedah untuk mengalirkan bendalir dari kepalanya bagi melegakan tekanan pada otaknya.

Ini menyebabkan benjolan dan lekukan terbentuk di kepalanya menyerupai tanduk.

Sejak dibedah bentuk itu menjadi lebih ketara kerana tulangnya terus berkembang.

Gatarin, 21, berkata: "Anak saya sudah menjalani pembedahan untuk hydronencephalynya. Ini menjadikan kepalanya berlekuk di tengah.

"Untuk membetulkannya, dia memerlukan pembedahan rekonstruktif.

"Kami menjual hampir semua yang kami ada untuk mendapatkan wang yang cukup untuk pembedahan itu. Tetapi selepas pembedahan kami masih perlu kembali ke hospital dengan kerap.

"Tiub di leher yang membolehkannya bernafas perlu diganti setiap enam bulan. Saya sedih melihat bayi saya menderita seperti ini.

"Kalaulah saya boleh menggantikan tempatnya, saya akan melakukannya sekarang. Kami akan terus berjuang untuk Clyne.

"Jika dia tidak kuat, kami akan sentiasa berada di sampingnya.

"Kami dengar cerita tentang bayi hydranencephaly yang dapat hidup sehingga remaja. Clyne kuat, saya tahu dia boleh bertahan."

Bagi kanak-kanak yang mempunyai hydranencephaly, banyak ruang dalam tengkorak mereka yang membesar dipenuhi dengan bendalir, dan otak yang tidak berkembang boleh menyebabkan kecacatan, masalah intelektual, kejang dan masalah penglihatan.

Keadaan ini tidak boleh diubati dan rawatannya melibatkan penggunaan tiub untuk mengalirkan cecair keluar dari tengkorak.

Tidak jelas berapa ramai kanak-kanak yang menderita akibat hydranencephaly tetapi jarang sekali mereka bertahan hingga ke dewasa. Ramai yang mati dalam rahim atau beberapa bulan selepas kelahiran.

Walaupun keadaannya nampak teruk, pasukan perubatan di Pasig meramalkan masa depannya baik seperti yang diharapkan.

Pembedahannya yang terbaru dibuat pada 6 November untuk menukar tiub dalam saluran udara yang membolehkannya bernafas.

Dia diberi makan dengan susu dan suplemen dituang melalui tiub kedua melalui hidung, terus masuk ke dalam perutnya. -MailOnline

tanduk , kepala besar , hydranencephaly

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain