suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencipta legenda watak hero Marvel meninggal dunia

Stand Lee meninggal dunia pada Isnin.

PENCIPTA komik legenda Marvel, Stand Lee meninggal dunia pada usia 95 tahun.

Pengasas Marvel Comics itu menghadapi masalah kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini meninggal dunia pada Isnin di Los Angeles.

"Ayah saya sangat menyayangi semua peminatnya. Dia seorang yang hebat dan baik," ujar anak tunggal perempuannya, Joan Celia atau dikenali J.C.

Isterinya Joan meninggal dunia Julai lalu selepas mengalami pelbagai komplikasi akibat strok.

Mereka berkahwin  selama 70 tahun sebelum isterinya meninggal dunia.

Lee meninggal dunia selepas memuat naik gambarnya berpakaian seragam.

Lee meninggal dunia sehari selepas dia memuat naik gambar di Twitternya yang berpakaian seragam WWII sempena Hari Veteran.

Sebagai penulis terkenal di Marvel Comics, Lee dianggap sebagai 'arkitek' kontemporari buku komik.

Lee bergambar dengan poster watak heronya, Spider-Man.

Antara karektor dari komiknya yang menjadi fenomena termasuk Spider-Man, Hulk, X-Men, Fantastic Four, Doctor Strange dan sebagainya.-Dailymail

Stan Lee, Marvel

Artikel Lain