Karya pelukis Jepun... Yang mana satu bukan telur mentah sebenar? - Dunia | mStar

Karya pelukis Jepun... Yang mana satu bukan telur mentah sebenar?

Perbezaan antara lukisan telur mentah dan gambar telur mentah sebenar. -foto Twitter

SEORANG pelukis Jepun baru-baru ini berkongsi gambar lukisan 'hiper-realistik' sebiji telur mentah bersebelahan dengan gambar telur sebenar.

Dia mencabar pengikut di media sosial untuk meneka yang mana satu telur yang dilukis dan yang mana satu telur sebenar.

Kebanyakan mereka tidak dapat meneka dengan tepat, bagaimana pula anda?

Yas adalah seorang pelukis lukisan 'hiper-realistik' yang hebat dan menghabiskan berjam-jam dalam usahanya untuk menghasilkan karya seni yang teliti.

Dia boleh melukis banyak benda, dari buah-buahan dan sayur-sayuran, sehingga ais krim dan koktel, tetapi kerja seninya yang paling mengagumkannya adalah lukisan telur mentah yang dilakukan dengan warna akrilik.

Menurut Yas di Instagramnya, dia menghabiskan masa selama empat jam sehari untuk melukisnya dan ia mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan.

Jika anda meneka gambar di sebelah kiri adalah lukisan, anda betul, tetapi anda masih perlu mengakui bahawa sukar untuk membuat perbezaan.

Cabarannya telah menarik minat pengguna media sosial Jepun dan posting Twitter asalnya telah mendapat lebih dari 63,000 tanda suka.

Selain lukisan telur mentah, gambar tomato masak juga dihasilkan dengan agak teliti seperti yang dimuat naik di laman Instagramnya.

lukisan , seni , telur mentah