suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tengah ‘sedap’ buang air besar, lelaki menjerit kemaluan digigit ular sawa

Foto: Youtube

SEORANG lelaki menjerit kesakitan apabila kemaluannya digigit seekor ular sawa yang sedang 'berehat' di dalam lubang tandas.

Insiden berlaku di sebuah rumah yang dijadikan pejabat di Bangkok, Thailand.

Setiap pagi, Terdsak Kaewpangpan, 45, akan masuk ke tandasnya, namun Jumaat lalu dia merasakan satu kelainan apabila bahagian kemaluannya sakit.

Menyedari terdapat seekor ular di lubang tandasnya, Kwewpangpan menjerit kesakitan meminta tolong, yang mana ketika itu darah mulai keluar di kemaluannya.

Jirannya terdengar jeritan itu dan membawa lelaki itu ke hospital. Doktor menemui empat luka gigitan dan lelaki itu menerima 15 jahitan.

Pasukan penyelamat haiwan mengambil masa setengah jam untuk menangkap ular tersebut.

Untuk rekod, pada tahun 2016, kemaluan  seorang lelaki Atthaporn Boonmakchuay turut digigit seekor ular sawa ketika sedang membuang air besar di tandasnya. -The Star/ Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

ular, patuk, kemaluan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain