suria

Diserang tahanan lain di penjara, keluarga minta lelaki rogol bayi usia 2 minggu dilepas dengan jaminan

Penjara HM Maghaberry, Ireland Utara.

SEORANG lelaki yang dituduh merogol seorang bayi yang kini berjuang untuk hidup telah diberikan sokongan oleh keluarganya yang menawarkan jaminan £10,000 (RM).

Lelaki berusia 25 tahun itu yang tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti bayi tersebut ditahan di penjara HM Maghaberry, Ireland Utara, selepas ditangkap kerana didakwa merogol bayi berusia 12 hari itu, 2 Oktober alu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki durjana perkosa bayi berusia 2 minggu hingga kritikal

Dia menafikan telah melakukan serangan seksual dan menyebabkan kecederaan tubuh dengan niat dan memohon ikat jamin dengan peguam yang bercakap bagi pihaknya menyatakan bahawa dia mendapat sokongan keluarganya.


Hospital Diraja Belfast. -foto Google

Bayi itu dibawa ke Hospital Diraja Belfast untuk Kanak-Kanak Sakit pada bulan September. Dia mengaku menjadi satu-satunya orang yang bertanggungjawab terhadap bayi itu antara jam 10.30 malam dan 8.30 pagi pada malam yang dikatakan berlakunya serangan itu, menurut BBC.

Pendakwa menggambarkan kes itu sebagai 'mengejutkan' dan tidak membaca butiran di mahkamah secara terbuka.

Mereka menentang jaminan, menyatakan bahawa bapanya yang ‘kaki botol’ tidak akan dapat menahannya dan waran tangkap EU mungkin diperlukan kerana dia mahu tinggal di rumah yang beralamat di Republik Ireland.

Pembela pertahanannya berkata: 'Kes ini akan mengambil sedikit masa untuk sampai ke pendengaran penuh. Kes yang hampir sama, di mana kanak-kanak itu meninggal dunia, mengambil masa tiga tahun untuk didengar. Tahap keseriusan jenayah tidak dapat menghalang jaminan. Dia berhak atas anggapan tidak bersalah.”

Hakim Daerah Eamonn King menolak permohonan untuk jaminan di Mahkamah Majestrit Newry.

Bulan lalu dilaporkan bahawa defendan ditumbuk dan ditendang oleh tahanan selepas dua minggu ditangkap.

Dia yang didakwa merogol itu dikurung dalam satu sel dengan pengawasan pengawal selama 24 jam untuk menghentikan tahanan lain daripada menyerangnya.

Kerana dia dianggap sebagai 'Orang Khas Berisiko', penghuni seperti pengganas dan pembunuh terpaksa dijauhkan daripadanya, tetapi dia tetap diserang.

Seorang tahanan yang disyaki melancarkan serangan itu dilucutkan hak istimewanya di penjara. -Mail Online

rogol, bayi, ikat jamin

Artikel Lain