suria

Bayi parah digigit anjing, kulit kepala tercabut hingga nampak tengkorak

Anjing baka Pitbull sememangnya dikenali sebagai haiwan yang ganas. FOTO: planetdeadly

TINDAKAN pasangan kekasih yang mengupah remaja perempuan berusia 15 tahun dengan ganja untuk membawa anjing mereka bersiar-siar di taman akhirnya bertukar menjadi tragedi.

Anjing baka pitbull yang diharamkan itu dibawa oleh remaja berkenaan ke sebuah taman di Chatham, 4 April tahun lalu.

Ia bagaimanapun hilang kawalan sebelum menyerang seorang bayi yang turut berada di lokasi berkenaan.

Selain menggigit wajah, ia turut menyebabkan kecederaan di bahagian kulit kepala bayi berkenaan sehingga ia tertanggal dan memperlihatkan tengkorak mangsa.

Menurut doktor, saluran darah di kulit kepala bayi berkenaan rosak sepenuhnya dan tidak boleh dirawat lagi.

Kes berkenaan menarik perhatian ramai dan ia sudah pun dibicarakan di mahkamah.

Pemilik anjing berkenaan dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan itu manakala teman wanitanya pula dipenjara selama 21 bulan.

Sementara itu, gadis berusia 15 tahun yang diupah membawa anjing itu bersiar-siar pula dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan dan 150 jam kerja kebajikan tanpa bayaran.

Hakim yang mengendalikan kes itu, David Griffith Jones QC turut menyelar pasangan berkenaan.

Ujarnya, tindakan mereka adalah sesuatu yang dangkal dan tidak wajar.-DailyStar.

Pitbull, Anjing

Artikel Lain