suria

Bekas tentera laut tembak mati 12 pengunjung bar, tamatkan riwayat sendiri elak ditahan

Mangsa yang tercedera dibawa keluar dari bar berkenaan pada malam kejadian. FOTO:AP

LELAKI bersenjata yang membunuh 12 individu di sebuah bar muzik di selatan California pada Rabu dikenal pasti sebagai bekas tentera laut yang mengalami gangguan mental.

Ian David Long, 28, melepaskan tembakan di Borderline Bar dan Grill di Thousand Oaks dalam kejadian sekitar 11.20 malam sewaktu sekumpulan pelajar dari sekolah berhampiran sedang berhibur.

Dalam kejadian itu, dia melemparkan bom asap sebelum melepaskan tembakan yang membunuh 11 individu dalam bar tersebut.

Bekas tentera laut ini melemparkan bom asap sebelum menembak mangsa menggunakan senapang.

Seorang anggota polis berpangkat sarjan turut ditembak mati beberapa kali oleh lelaki berkenaan sebelum meninggal dunia di hospital.

Mangsa yang terselamat berkata, mereka terpaksa memanjat tingkap dan ada yang bersembunyi di belakang meja bagi mengelak terkena tembakan senapang.

Lelaki itu bagaimanapun menamatkan riwayatnya sendiri sebelum pasukan SWAT memasuki lokasi kejadian.

Dia berkhidmat dalam tentera laut sebagai pengendali senapang selama lima tahun antara 2008 hingga 2013.

Dia juga pernah ditugaskan di Afghanistan sewaktu tempoh perkhidmatan itu.

Dia sebelum ini pernah ditahan kerana mencuri pada 2009.- DailyMail.

Serangan, Tembakan, Ian David Long

Artikel Lain