suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 3 tahun kritikal mercun disumbat dalam mulut

Gambar hiasan.

UTTAR PRADESH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Meerut di Uttar Pradesh di India, cedera parah selepas seorang remaja lelaki memasukkan mercun dan menyalakannya di dalam mulut mangsa.

Polis pada Rabu berkata, mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan, dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Insiden berlaku di kampung Milak pada Selasa.

Polis membuat laporan terhadap suspek dan sedang menjejakinya.

Ketika kejadian, bapa mangsa keluar menemui anak perempuannya yang bermain di luar rumah. 

Dia kemudian mendapati dalam mulut anaknya disumbatkan dengan mercun di mana sumbunya telah dinyalakan.

Mercun tersebut meletup di dalam mulut anaknya, mengakibatkan kecederaan parah.

Mangsa menerima 50 jahitan dan terdapat jangkitan pada tekaknya, sehingga menjejaskan kesihatannya. - The Statesman/Asia News Network

mercun

Artikel Lain