suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 4 tahun terlantar di ICU dirogol beramai-ramai

Gambar hiasan.

SEORANG budak perempuan berusia empat tahun, didakwa dirogol beramai-ramai oleh seorang kakitangan hospital dan empat yang lain.

Ketika kejadian, mangsa terlantar di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Uttar Pradesh, India.

Menurut Sky News, kanak-kanak itu menerima rawatan di hospital selepas dipatuk ular.

Pegawai polis, Mahesh Srivastava berkata, mangsa memberitahu neneknya bahawa dia dirogol oleh seorang kakitangan hospital, dan empat yang lain pada Sabtu malam.

Laman web itu melaporkan seorang lelaki ditahan dan polis kini sedang memburu suspek yang lain.

Pasukan penyiasat meminta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menyiasat mengapa kanak-kanak tersebut dibiarkan bersendirian di ICU. - Mirror Online

rogol

Artikel Lain