suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sapu mentega kacang di kelangkang, lelaki koma kemaluan digigit anjing

Gambar hiasan. Foto Getty Images/500px/Mirror Online

SEORANG pemuda berusia 27 tahun dalam keadaan koma selepas kemaluannya digigit oleh seekor anjing jenis bulldog, selepas dilaporkan memalitkan kacang mentega di celah kelangkangnya.

Dia ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pasukan kecemasan di sebuah rumah di pangsapuri di Haddington, Lothion Timur di Scotland.

Mangsa dikejarkan ke hospital Edinburgh Royal Infirmary, tetapi malangnya kemaluannya tidak dapat disambung semula, selepas ia digigit oleh seekor anjing.

The Sun melaporkan bahawa pemuda berkenaan bersendirian bersama anjing tersebut ketika kejadian.

Sumber polis memberitahu The Times bahawa pemuda tersebut menyapu mentega kacang, atau sapuan makanan lain di celah kelangkangnya sebelum 'diserang' oleh seekor anjing.

Dia kini menjalani rawatan dan dalam proses pemulihan di sebuah hospital. - Mirror Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain