suria

Wanita terkejut ular dua kepala singgah halaman rumah

SEEKOR ular berkepala dua ditemui di Woodbridge, Virgina minggu.

Pakar haiwan liar memuat naik gambar ular tersebut di Facebook.

Dengan mempunyai dua kepala, ular itu dianggap jarang ditemui, kemungkinan ia tidak mempunyai jangka hayat panjang, jels pakar herpetologi Virginia, JD Kleopfer.

Menurutnya, kepala kiri lebih dominan untuk esofagus manakal kepala kiri lebih digunakan untuk makan.

Bahagian kiri juga lebih aktif dan bertindak balas kepada rangsangan.

"Berdasarkan anatomi, kepada kanan digunakan untuk makan, tetapi ia agak sukar kerana kepada kiri lebih menguasai."

Kleopfer berkata ular itu akan diserahkan kepada pihak zoo.

Ular itu ditemui oleh seorang wanita berdekatan dengan laman rumahnya.

"Dia ketakutan dan membawa semua anak-anaknya dan haiwan belaan keluar daripada rumah seketika.

"Sebelum itu dia sempat menangkap ular itu dan masukkan ke dalam plastik sebelum berkongsi gambar dengan jiran-jirannya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan spesis yang ditemuinya itu.

"Sangat menakjubkan. Ia seperti 'alam semulajadi yang pelik'," ujar Rick Perry yang mengendalikan sebuah syarikat pemindahan haiwan liar serta Pengurusan dan Kawalan Haiwan Liar Virginia.

Ular kepala dua

Artikel Berikut

Artikel Lain