suria

Wanita londeh pakaian, lari berseluar dalam selepas curi iPhone

Paparan skrin video kejadian. -AppleDaily

DALAM satu taktik rompakan yang jarang berlaku, seorang wanita yang dituduh mencuri sebuah iPhone cuba menghalang orang ramai yang mengejarnya dengan menanggalkan pakaiannya di tengah jalan.

Sambil itu dia mengancam untuk menjerit, kononnya berlaku serangan seksual.

Menurut Apple Daily, wanita warganegara Vietnam itu yang berusia 45 tahun mencuri peranti tersebut dan cabut lari dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam.

Insiden itu mencetuskan adegan kejar-mengejar di luar Pusat Perindustrian Hong Kong di Cheung Sha Wan.

Dikejar oleh enam atau tujuh individu, pencuri itu pada mulanya cuba mengelakkan daripada ditangkap dengan bersembunyi di bawah kereta, menurut seorang saksi bernama Ng yang melihat 'drama' itu semasa membeli-belah di situ.

Ditemui dan diseret keluar dari tempat persembunyiannya, wanita itu kemudian memutuskan untuk menukar taktik.

Ketika seorang wanita lain berteriak 'jangan biarkan dia lari dengan telefon saya', wanita terbabit segera membuka pakaiannya sebelum beralih kepada kumpulan itu dan mengancam untuk menuduh mereka melakukan serangan seksual, menurut Ng.

Bagaimanapun kumpulan itu enggan berhenti mengejarnya dan wanita itu, yang hanya berseluar dalam berlari ke tengah jalan tanpa menghiraukan lalu lintas, sebelum menuju ke Pusat Perindustrian Hong Kong, di mana seorang pengawal keselamatan di situ menenangkan keadaan.

Polis tiba selepas itu dan siasatan awal menemui sebuah iPhone bernilai HK$8,000 (RM4,231) milik seorang wanita berusia 35 tahun bernama Yuen di dalam beg tangannya.

Namun, suspek menafikan mencuri telefon itu dan menyatakan bahawa dia diserang oleh kumpulan tersebut, lapor akhbar itu.

Taktik ragut dan londeh ini pernah berlaku sebelum ini.

Pada bulan Mac, seorang wanita berusia 30 tahun di Hunan sanggup berbogel selepas sekumpulan orang yang menjerit 'tangkap pencuri itu' berlari mengejarnya.

Dia juga gagal melarikan diri.

curi, iPhone, bogel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain