suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cari penyakit! Pemuda digelar bodoh berenang dengan jerung

SYDNEY: Seorang pemuda digelar bodoh kerana  berenang dengan seekor jerung di pesisir pantai Sydney pada Ahad lalu.

Tindakan gila Jai Kiggins itu dirakam adiknya Kurt, semasa mereka berenang di Pantai Wattamolla.

Kedua-dua mereka ke pantai tersebut selepas diberitahu penduduk tempatan bahawa terdapat beberapa ekor jerung sedang memakan bangkai ikan paus.

Jai (kiri) sedang bersiap sedia untuk memenuhi impian berenang bersama jerung di perairan Wattamolla.

"Ia pengalaman sekali seumur hidup dan bukan tindakan yang bijak.

"Tapi jika anda ada keberanian, mengapa tidak," katanya.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Alam Sekitar dan Warisan New South Wales, Shaun Elwood berkata tiada siapa yang kagum dengan aksi bodoh pemuda terbabit.

"Saya nasihatkan orang awam supaya tidak mengikut jejak mereka. Ia bukan sahaja tindakan yang bodoh, malah membahayakan keselamatan diri," ujarnya. - 9news
Wattamolla, Jai Kiggins

Artikel Sebelum

Artikel Lain