suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brunei miliki kualiti udara kedua terbersih di dunia

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei memiliki kawasan bandar paling kurang pencemaran kedua di dunia, menurut satu kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengukur pencemaran udara sekitar di 1,622 lokasi di 92 negara.

Australia memiliki kawasan bandar paling tidak tercemar diikuti Brunei dan New Zealand, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

Estonia merupakan negara Eropah paling menonjol diikuti Finland dan Iceland, menurut akhbar harian tempatan Borneo Bulletin pada Isnin, yang memetik laporan WHO.

Kematian berkaitan pencemaran di Brunei adalah antara yang paling rendah dalam kalangan semua negara yang termasuk dalam laporan Suruhanjaya Lancet berkaitan pencemaran dan kesihatan yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet baru-baru ini.

Lima negara yang menduduki tempat teratas dalam ranking Lancet ialah Brunei, Sweden, Finland, Barbados dan New Zealand.- Bernama

Brunei, kualiti udara

Artikel Sebelum

Artikel Lain