suria

Usia 81 tahun, Bill Cosby dijangka dipenjara kerana mencabul

AMERICA'S Dad, demikian jolokan yang diberikan kepada aktor veteran ini.

Namun pada usia 81 tahun, Bill Cosby dijatuhi hukuman penjara kerana kesalahan ganguan seksual.

Pada April lalu, berlangsung prosiding perbicaraan semula melibatkan kes mencabul bekas pemain bola keranjang, Andrea Constand pada 2004. 

Kejadian sama berulang pada Jun 2017 di mana Constand menyatakan dia diberi pil yang membuat dirinya kaku hingga tidak mampu menghentikan Cosby daripada mencabul dirinya. 

"Kejadian itu menyebabkan saya tidak dapat melawannya. Saya mahu menghentikan perbuatannya," katanya.

Pelakon dan pelawak tersebut telah diikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM4,130,100), namun dia harus memakai peranti pengawasan GPS dan hanya boleh keluar rumah untuk berjumpa peguamnya atau  mendapatkan rawatan perubatan. 

Setiap kesalahan yang dilakukan Cosby boleh menyebabkan dirinya dipenjara selama 22 bulan hingga 10 tahun.

Kemasyuran Cosby mula meningkat apabila dia telah membintangi pelbagai rancangan termasuk rancangan realitinya sendiri, The Cosby Show pada 1984. - BBC 

Bill Cosby, cabul

Artikel Lain