suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bagai babak filem fiksyen sains, China bina kediaman bentuk piramid

KUNSHAN: Sebuah bangunan kediaman berbentuk piramid di bandar ini menjadi topik perbualan hangat di internet kerana rekaannya seakan-akan babak dalam filem fiksyen sains.

Struktur futuristik bangunan setinggi 18 tingkat ini terletak di bandar berhampiran Shanghai kini menjadi tarikan disebabkan rekaan luar biasanya.

Satu rakaman video menggunakan dron yang disiarkan Perkhidmatan Berita China mendedahkan bagaimana kediaman bertingkat itu dibina dengan cara tersusun mengikut bentuk piramid pada kecerunan 45 darjah.

Berdiri megah pada ketinggian 100 meter, bangunan unik yang makin popular di daerah Huaqiao, dekat sini adalah sebahagian kediaman dan kompleks komersial yang siap dibina pada 2013.

Dua sisi bangunan itu mempunyai permukaan yang menonjol dan licin, manakala dua yang lain adalah dinding menegak biasa.

Menurut firma arkitek Masters’ Architectural, rekaan bangunan tersebut diilhamkan daripada kawasan petak sawah padi di kawasan berbukit yang banyak terdapat di China.

fiksyen, Kunshsan, piramid

Artikel Berikut

Artikel Lain