suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas gempa, wabak malaria pula merebak di 10 kampung sekitar Lombok

MATARAM: Selepas dilanda gempa bumi, kini wabak malaria kini telah merebak di 10 kampung di Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat (NTB).

Terdahulu, Kompas TV melaporkan hanya dua kampung, Desa Bukit Tinggi dan Desa Mekar Sari yang terjejas akibat penularan penyakit bawaan nyamuk itu, namun ia telah merebak secara meluas.

Ketua Pejabat Kesihatan Lombok Barat, Rahman Sahnan Putra berkata, seramai 117 penduduk terjejas gempa termasuk bayi dan ibu hamil dijangkiti malaria.

Susulan peningkatan jumlah penghidap penyakit itu, Ketua Daerah Lombok Barat, Fauzan Khalid mempertimbangkan untuk menetapkan status kejadian luar biasa di kawasan terbabit.

Dalam perkembangan lain, gempa terus menggegar wilayah NTB selepas siri gempa kuat berlaku sejak 29 Julai lalu.

Data diperoleh Badan Metereologi, Klimatologi dan Geologi (BMKG) menunjukkan gegaran 3.8 magnitud pada kedalaman 10 kilometer itu berlaku pada jam 4.49 pagi (waktu tempatan).

Selasa lalu, gempa berkekuatan 5.3 skala Richter turut direkodkan, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Siri gempa sejak lebih sebulan lalu di pusat peranginan itu telah meragut sekurang-kurangnya 546 nyawa selain menyebabkan 390,529 hilang tempat tinggal.

Bencana itu turut mengakibatkan 77,976 struktur termasuk rumah musnah dan rosak teruk yang mana kerugian dianggarkan mencecah 7.7 trilion rupiah (RM2.1 bilion). 

malaria, Lombok

Artikel Lain