Ibu arah anak lelaki, rakan rogol, korek biji mata dan bunuh anak tiri

Seorang pegawai polis tidak dapat menahan sebak apabila memaklumkan mengenai kes yang disifatkan paling kejam pernah berlaku di negara itu.

POLIS menahan seorang wanita dan empat yang lain selepas anak tirinya berusia sembilan tahun dipercayai dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh kejam.

Mayat kanak-kanak itu ditemui di dalam semak kira-kira satu kilometer dari kediamannya di wilayah Baramulla, Kashmir pada Selasa lalu.

Bapanya membuat laporan kehilangan kanak-kanak malang itu, 12 hari lalu.

Polis berkata wanita berusia 36 tahun itu dipercayai cemburu dengan mangsa yang juga anak kepada isteri kedua suaminya.

Pada 24 Ogos lalu, suspek membawa mangsa masuk ke dalam hutan.

Di sana, dia mengarahkan anak lelakinya berusia 14 tahun dan dua remaja lain masing-masing berusia 14 dan 19 tahun untuk merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Suspek kemudian didakwa menjerut leher mangsa manakala anak lelakinya memukul kepalanya dengan kapak.

Seorang rakan anaknya kemudian menyimbah asid bateri kenderaan ke atas mayat mangsa manakala seorang lagi mengorek biji matanya sebelum mayatnya dibuang di dalam semak.

Seorang lelaki berusia 28 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Pegawai polis setempat, Superintendan Imtiyaz Hussain berkata kesemua remaja itu mengaku bersalah melakukan jenayah kejam tersebut.

"Mereka akan dihantar ke rumah juvana dan diuruskan mengikut undang-undang juvana negara ini," katanya.

bunuh, rogol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain