suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murid 11 tahun dikurung lima hari, dirogol lapan lelaki

SEORANG murid sekolah rendah bukan sahaja dikurung selama lima hari, malah dia turut dirogol lelaki dikenalinya.

Insiden dipercayai berlaku di Blitar, Indonesia.

Lebih malang, ini bukanlah kali pertama perkara seumpama itu berlaku kerana siasatan polis mendapati kejadian sama kerap menimpa mangsa sejak dua tahun lalu.

Difahamkan, mangsa yang baru berusia 11 tahun pernah dirogol lebih dua lelaki sebelum ini.

Kali ini, mangsa dirogol secara bergilir-gilir oleh lapan lelaki.

Kejadian itu terbongkar selepas keluarga mangsa membuat laporan polis selepas mangsa tidak pulang ke rumah selama lima hari.

"Dari laporan itu kami melakukan siasatan dan berhasil menemukan mangsa di rumah salah seorang pelaku di wilayah Udanawu.

"Setelah berjaya ditemui, baru mangsa bercerita telah diperkosa oleh lapan pemuda," kata jurucakap polis Samsul Anwar.

Tambahnya lagi, mangsa ditemui dalam keadaan trauma.

"Mangsa diperdaya oleh rakannya. Dia diberi minuman keras sebelum diperkosa," katanya.

Kesemua tertuduh didakwa merogol remaja bawah umur dan jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman sehingga 20 tahun penjara. - Detiknews

rogol, murid

Artikel Lain