suria

Petani terkejut karot bentuk tangan bayi, ubi kentang 'kaki gergasi'

SEORANG petani hampir pengsan apabila karotnya bertukar menyerupai tangan seorang bayi.

Lynne Wilkinson mengambil tanaman karotnya untuk dimasak pada Rabu lalu.

Namun petani berusia 61 tahun itu terkejut melihat bentuk karot yang tumbuh di kebunnya itu.

"Saya terkejut seperti mahu mati sebaik sahaj melihat karot itu.

"Ia kelihatan seperti tangan seorang bayi yang sempurna.

"Saya tidak tahu mengapa ia terjadi kerana  melihat cara pertumbuhannya ia agak berbeza daripada biasa. Ia agak misteri.

"Nasib baik karot ini tidka dimasak kerana bentuknya yang unik.

"Saya belum pasti apa yang hendak dibuat dengan karot ini, namun ia agak menarik untuk dibuang," jelasnya yang tinggal di Ulverston, Cumbria.

Sementara itu, Khamis lalu, pasangan petani turut terkejut apabila ubi kentang yang ditanamnya tumbuh menyerupai kaki manusia gergasi.

"Kami tidak pernah melihat bentuk seperti ini. Belum pasti lagi apa yang dibuat, tetapi kami mungkin akan menyimpannya sebagai pameran supaya orang lain dapat melihatnya," ujar Marli dan Paulo Ciquinel yang tinggal di Meleiro, Brazil.

Tanaman misteri, karot, ubi kentang

Artikel Lain