Bengang upah tak dibayar, pekerja roboh rumah majikan - Dunia | mStar

Bengang upah tak dibayar, pekerja roboh rumah majikan

SEBUAH rumah dirobohkan menggunakan jentolak apabila seorang pekerja binaan mendakwa tuan rumah tidak membayar upahnya.

Pekerja berusia 31 tahun itu merobohkan rumah banglo dua tingkat menggunakan jentolak kerana marah dengan pemilik yang dikatakan belum membayar upahnya.

Menurut saksi, lelaki tersebut merobohkan rumah itu sambil ketawa.

Lelaki itu ditahan polis, manakala rumah yang terletak di Buntingford, Hertfirdshire itu memerlukan lebih kurang 500,000 pound untuk diperbaiki.

"Dia ketawa sambil mengambil gambar keadaan rumah yang rosak. Apabila polis tiba, dia memberitahu pemilik tidak membayarnya. Dia sangat tenang," jelas Elaine Francois yang menghubungi polis.

Rumah tersebut dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh seminggu.

Dalam pada itu, rakan sekerja lelaki itu amat marah dengan kerosakan berlaku kerana dia mungkin juga tidak ada kerja lagi selepas ini.

Roboh rumah , jentolak

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Kabinet akan dirombak