suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembilan maut, 15 cedera hospital terbakar

Gambar daripada Voa News.

TAIPEI: Sembilan orang maut manakala 15 lagi cedera dalam kejadian kebakaran di sebuah hospital di New Taipei City, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan pada Isnin.

Sebelas daripada mangsa yang cedera dilaporkan parah.

Kebakaran bermula di wad tingkat tujuh Hospital Taipei kira-kira pukul 4.30 pagi Isnin.

Terdapat 32 pesakit di tingkat itu pada masa kejadian, menurut anggota bomba bernama Chen.

"Ketika anggota bomba tiba di lokasi kejadian api sedang marak di seluruh kawasan wad dan dipenuhi asap tebal," kata Chen.

Pekerja hospital turut membantu kerja-kerja menyelamat dengan membawa pesakit ke tingkat atas sebelum diselamatkan anggota bomba menggunakan kren.

Kira-kira 208 anggota bomba dan 76 jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian. Kebakaran dapat dikawal pada pukul 5.27 pagi dan punca kejadian sedang disiasat. - Bernama


kebakaran hospital

Artikel Lain