suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya tak harap untuk bertemu, bercakap dengan dia lagi” - bapa Meghan

BAPA Meghan Markle bersuara tentang kebimbangan mengenai anak perempuannya itu yang mungkin tidak akan bertemu atau bercakap dengannya lagi.

Thomas Markle, 74, yakin dia tidak akan berpeluang berbuat demikian setelah mengadakan beberapa temu bual bersama pihak media mengenai perkahwinan anaknya itu.

Bercakap dari rumahnya di Mexico, The Sun melaporkan bahawa bekas pengarah pencahayaan TV itu berkata: "Saya tidak menjangka untuk bertemu atau mendengar khabar daripada dia dan ia tidak mengapa."

Bekas pelakon siri Suits yang berusia 37 tahun itu dipercayai tidak bercakap dengan bapanya sejak mendirikan rumah tangga bersama Putera Harry pada Mei lalu.

Bapa Meghan beranggapan tindakannya mengadakan temu bual dengan pihak media telah menutup pintu antara dirinya dengan kerabat Diraja Britain.

Bagaimanapun, Thomas tidak menyesal dengan apa yang dilakukannya.

Kata Thomas: "Semua yang saya katakan adalah perkara yang ingin saya luahkan.

"Sekarang saya nak bercuti dan cari ketenangan."

Tambahnya, usaha membuat rayuan umum agar Duchesss of Sussex itu berhubung dengannya seakan-akan tidak didengari.

Thomas berkata, dia tidak menerima kad ucapan hari lahir daripada Meghan ketika menyambut ulang tahun ke-74 pada Julai, biarpun dia ada menghantar dua kad kepada Meghan sewaktu puteri itu meraikan hari jadi ke-37 awal bulan ini.

Menurut bapa Meghan, dia berharap isteri Putera Harry itu akan menjaganya pada usia tua seperti apa yang dilakukan Thomas kepada ibunya.

Sementara itu, abang Meghan, Tom memberitahu Mirror UK sebelum ini, dia bimbang adiknya itu sudah berubah selepas menjadi sebahagian daripada kerabat Diraja.

Meghan Markle

Artikel Lain