suria

Bapa sangka wanita berjenaka anaknya kritikal dalam kemalangan ‘roller-coaster’

ALANGKAH terkejutnya seorang bapa apabila mengetahui bahawa anaknya dalam keadaan kritikal selepas menghubungi nombor telefon anaknya, namun ia dijawab oleh seorang jururawat.

Ben Chalmers, 12, merupakan penumpang 'roller-coaster' yang bergerak pada halaju 40 batu sejam dengan ketinggian 30 kaki daripada tanah di Taman Tema M&D di Strathclyde Park pada 2016.

Selepas kejadian itu, bapa remaja itu, Craig cuba menghubunginya untuk mengetahui pukul berapa dia mahu diambil dari taman tema tersebut, namun terkejut apabila mengetahui tentang berita itu.

Bapa berusia 45 tahun itu berkata: "Saya hubungi Ben untuk ambil dia dan seorang wanita yang menjawab panggilan, memberitahu saya yang dia terlibat kemalangan.

"Saya ingat dia main-main dan minta dia berikan telefon kepada Ben.

"Wanita itu memberitahu bahawa dia ialah jururawat dan saya akhirnya sedar bahawa ia benar-benar berlaku. Detik itu sangat meremukkan hati."

Ben bersama bapanya Craig.

Ben cuba disedarkan semula ketika di lokasi kejadian beberapa minit selepas kemalangan berlaki dan sekali lagi ketika berada di dalam ambulans.

Bapanya memberitahu Daily Record: "Saya pergi ke taman itu dan keadaan sangat hur-hara.

Pada tahun lalu, laporan mendedahkan bahawa pemilik taman tema itu menerima bayaran insurans sebanyak £1.4 juta (RM7.3 juta) selepas dipaksa menutup operasi sementara susulan kejadian tersebut.

Taman tersebut ditutup selama empat hari dan dibuka sepenuhnya kira-kira tiga minggu kemudian.

Sementara itu, Craig meluahkan rasa terharu dan terima kasih kepada pasukan kecemasan dan kakitangan hospital yang berjaya menyelamatkan nyawa anaknya

"Doktor trauma dan jurubedah ortopedik memang menakjubkan. Tidak syak lagi Ben terhutang nyawa daripada mereka."

roller coaster

Artikel Lain