suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga ditahan gara-gara 'Kiki Challenge'

ABU DHABI: Pendakwa Awam Abu Dhabi pada Isnin mengarahkan penangkapan tiga personaliti media sosial kerana membahayakan nyawa pengguna lalu lintas lain ketika mereka melakukan 'Kiki Challenge' di jalan raya.

Jabatan Kehakiman Abu Dhabi dalam satu kenyataan memaklumkan mereka telah melanggar perintah awam dan menggunakan media sosial untuk mempromosikan amalan yang tidak sesuai dengan nilai dan tradisi masyarakat negara itu.

Menurut pendakwa awam, mereka yang melakukan Kiki Challenge boleh berdepan hukuman penjara atau denda di bawah Kanun Keseksaan Persekutuan dan Undang-undang No 21 1995 mengenai peraturan trafik.

"Pegawai jabatan kehakiman berhak menangkap mana-mana individu yang melakukan perbuatan itu," jelasnya lagi.

Sejak tiga hari lalu, hashtag #Kiki yang menggunakan lagu 'In My Feelings' nyanyian Drake telah menjadi trending di rangkaian media sosial.

Idea di sebalik Kiki Challenge ini adalah untuk keluar dari kereta ketika ia bergerak perlahan dan menari di luar sambil kenderaan itu masih bergerak. - Gulf News

Kiki Challenge

Artikel Lain